Home Automation – Part 2 – Anda boleh memiliki SmartHouse dengan kos RM324.99

Keperluan Perkakasan dan Bajet

Perkakasan Asas

Dengan perkakasan asas ini anda mampu untuk mengawal perkakasan(arahan suara atau aplikasi di telefon) sedia ada di rumah seperti penghawa dingin, TV, Kipas(yg ada remote), Autogate dan perkakasan2 yang mempunyai remote sama ada yang menggunakan IR ataupun RF.

  1. Broadlink Universal Remote RM2 PRO+ – Harga di Lazada = RM122.99
  2. Google Home Mini – Harga di Lazada = RM202

Anda mempunyai 3 pilihan sebenarnya untuk membeli Google Home iaitu home mini, google home biasa dan google home max. Untuk permulaan tiada masalah jika kita gunakan google home mini. Kualiti sound pada google home mini agak tidak memuaskan jika menggunakan had paling maximum. Google Home ini akan digunakan sebagai interface utama bagi kita memberi arahan suara untuk triggered semua smart appliance kita. Sebagai contoh buka lampu, buka kipas, aircond, tv, tukar channel tv, increase tv volume dan pelbagai lagi.

Selain daripada itu kita boleh membuat routine or scene contohnya apabila kita meninggalkan rumah dengan arahan “I’m going out” google home akan membantu kita untuk OFF akan semua appliance yang telah kita set kan.

Lain-lain Perkakasan – Smart Home Security dan Smart Appliance

  1. Xioami Sensor Kits –  Harga di Lazada = RM212

Di dalam Sensor kits ini terdapat 4 items iaitu :

  • Multifunction gateway yang mana digunakan sebagai hub penghubung kepada peralatan2 xioami yang lain, ia menggunakan protocol 802.11 dan zigbee.
  • Human Body Sensor – PIR sensor untuk mengesan kehadiran manusia
  • Door/Window Sensor – Sensor magnet untuk mengesan jika pintu/tingkap dibuka
  • Wireless multi switch – switch pelbagai fungsi

2. Orvibo Smart Home S20 Switch UK Plug – Harga di Lazada = RM88.68

Dengan Switch ini anda boleh mengawal barangan elektrikal anda melalui apps HomeMate.

3. Wall light Touch Screen 433Mhz with Remote – Harga RM47.55

Jika anda masih ingin mengekalkan appliance atau lampu asal anda, anda boleh hanya menukar pada switch saja untuk menjadikan lampu/appliance anda smart iaitu dengan menggunakan wall switch ini. Wall switch ini dibekalkan bersama-sama remote dan menggunakan RF 433Mhz. Untuk mengawal switch ini anda boleh gunakan Broadlink universal remote.

4. Xioami Mi Yeelight Lightbulb Multi Colour – Harga di Lazada RM66

Lampu bulb Yeelight ini mempunyai kualiti yang setanding dengan Philips Hue yang harganya terlalu mahal berbanding YeeLight ini. Bulb ini menggunakan soket seperti mana lampu2 bulb biasa di malaysia iaitu E27. Lampu ini mempunyai berjuta-juta warna dan boleh dikonfigurasikan menggunakan apps Mi Home ataupun Apps Yeelight. Lampu ini juga serasi dengan IFTTT dan juga hass.io.

5. Xiaomi 1080 CCTV Camera – Harga di lazada RM69

Camera cctv ini mempunyai ciri-ciri yang sama dan setanding dengan camera cctv yang mahal. Camera ini boleh dikonfigurasi di applikasi Mi Home.

Terdapat pelbagai lagi perkakasan bijak yang ada di pasaran, sebelum beli pastikan perkakasan tersebut serasi dengan google home untuk membolehkan anda memberi arahan suara. Selain daripada itu, perkakasan-perkakasan kecil seperti sensor dan suis2 yang menggunakan protokol zigbee PERLU mempunyai Hub nya sendiri. Jadi kalau nk beli sebaiknya belilah satu set lengkap.

Secara kesimpulannya anda boleh mempunyai rumah bijak dengan kos permulaan RM 324.99 iaitu memiliki RM2 PRO+ Universal Switch dan Google Home Mini.